Marilah bersama-sama berjuang di dalam UMNO untuk menentukan kepimpinan negara. Hormatilah hak setiap ahli untuk bersuara dan memilih. Buatlah pilihan yang bijak.

"SALAM PERJUANGAN"

24 November 2010

Maaf. Sudah Lama Tidak Kemaskini

Coming soon...
Atas permintaan ramai, blog yang popular ini akan beroperasi semula. Maaf sekali lagi kerana banyak posting dan komen yang lepas telah hilang semasa proses naiktaraf.

20 April 2010

Desak Kepimpinan UMNO Laksanakan Polisi Gaji Minima Sekarang!

Seringkali berita-berita menggembirakan rakyat berkaitan gaji hanyalah melibatkan kakitangan awam. Pekerja-pekerja swasta hanya tumpang dengar. Kerajaan merupakan majikan yang prihatin.  Walaubagaimanapun tidak semua majikan di Malaysia ini prihatin. Dan bukan mudah hendak dapat kerja di sektor awam. Kerja di MPK pun jangan haraplah kalau tiada paras rupa atau  "orang dalam".

Kos sara hidup yang tinggi pada masa ini telah menghimpit majoriti rakyat dan menyebabkan tekanan hidup kepada keluarga serta kesan sosial kepada anak-anak. Apatah lagi dengan kebanjiran berjuta pendatang asing ke negara ini samada secara sah atau tanpa izin. Majikan yang tamak haloba kini dengan mudah dan angkuh menolak permohonan pekerjaan oleh rakyat kita atas pelbagai alasan. Kalau tidak percaya Pengerusi Biro Kebajikan boleh semak di pejabat buruh dan dapatkan statistik permohonan pekerja asing oleh majikan.

Negara-negara di dunia telah lama melaksanakan gaji minima untuk rakyat mereka. Di Amerika Syarikat misalnya, gaji minima adalah antara US$5.15 (RM16) sejam di Negeri Wyoming hingga US$8.55 (RM27) sejam di negeri Washington. Negara kita tidak mungkin dapat memberikan sebanyak itu. Tetapi, kalau kerajaan benar-benar ikhlas hendak menaikkan pendapatan rakyat, polisi gaji minima mesti dilaksanakan.

Terdapat banyak kajian telah dibuat berkenaan gaji minima. Di sini saya ringkaskan kebaikan dan keburukan polisi gaji minima. Perlaksanaan dengan kaedah yang bersesuaian dengan negara ini membolehkan keburukan polisi ini dapat dikurangkan.

Kebaikan polisi gaji minima.
  1. Pekerja mendapat jaminan pulangan keuntungan yang sepatutnya dari majikan berdasarkan faktor sara-hidup semasa yang ditetapkan kerajaan.
  2. Pekerja bawahan dapat menikmati gaya hidup yang lebih baik. Misalnya, mereka tidak perlu lagi kerja siang dan malam untuk mencukupkan pendapatan keluarga.
  3. Pendapatan tambahan bermakna peningkatan kuasa membeli dan ini baik untuk ekonomi.
  4. Membesarkan jurang pendapatan antara rakyat yang bekerja dan rakyat yang mendapat bantuan kerajaan akibat tidak bekerja. Sekarang rakyat yang bekerja turut mendapat bantuan kerajaan kerana berada di bawah paras kemiskinan. Kebergantungan sara-hidup kepada kerajaan menyebabkan kerajaan kekurangan dana untuk tujuan lain.
  5. Mengurangkan kadar pengangguran dan pergantungan kepada pendatang asing kerana majikan akan memilih rakyat tempatan jika gaji mereka dengan pendatang adalah sama tinggi. Pendatang akan lebih mahal disebabkan kos membawa mereka masuk.
Keburukan gaji minima jika tersalah kaedah perlaksanaan.
  1. Menambah kos operasi majikan jika produktiviti tidak meningkat
  2. Majikan mungkin akan menaikkan harga barang (cost push inflation)
  3. Majikan tidak dapat menggajikan lebih ramai pekerja
  4. Boleh menyebabkan kurang peluang pekerjaan di sesetengah sektor atau industri
  5. Pekerja berpengalaman akan meminta kenaikan gaji
Kaedah yang saya cadangkan ialah dengan mewajibkan gaji minima pada majikan yang mempunyai pekerja asing. Serampang dua mata. Gaji patut dan pendatang pun akan berkurangan. Majikan yang menggajikan pekerja tempatan 100% patut dikecualikan kerana secara logiknya, jika rakyat tempatan hendak bekerja dengan mereka, sudah tentu mereka ini majikan yang prihatin.

Nah. Sekarang siapa yang berani bawa perkara ini hingga menjadi usul di peringkat Perhimpunan Agung UMNO Malaysia? Janganlah lagi Perhimpunan Agung UMNO Malaysia sekadar upacara membodek pemimpin.