Walaupun ini bab terakhir tetapi dilema pemandu teksi masih belum berakhir. Sila baca posting bab 1 dan bab 2 dilema pemandu teksi sebelum ini sebelum baca bab akhir ini.
Ringkasnya, kerajaan BN sebelum ini hampir-hampir berjaya menyelesaikan masalah pemandu teksi tetapi aplikasi MyTeksi kemudiannya telah berpindah pengkalan ke Singapura dan bersekongkol dengan UBER. Pemandu teksi ditekan lagi oleh punahsihat Najib yang terus terang melabur dalam UBER.
Walaupun sebelum PRU-14, PH telah berjaya mempengaruhi majoriti pemandu teksi supaya menolak BN dan berjanji akan hapuskan prebet sapu generasi baru seperti UBER dan GRAB, namun janji hanya tinggal janji.
Kini, pemandu teksi sudah tiada tempat mengadu. UMNO masih sibuk bertukang membetulkan parti umpama tikus membaiki labu.
Malah, ramai cybertrooper UMNO yang masih berdendam dengan pemandu teksi sebab menyokong PH dengan mempengaruhi pelanggan mereka di seluruh negara. Panglima siber UMNO masih lagi memulang paku buah keras pada pemandu teksi di laman sosial fb dan twitter.
Sementara itu, GRAB dan aplikasi e-hailing yang lain semakin digemari pengguna. Almaklumlah. Lebih baik dari teksi dari banyak segi. Baik? Baik ada makna tu. Hehehe
UBER, GRAB dan seumpamanya sebenarnya bermodal besar dan dilaporkan belum membuat untung walaupun telah melabur berbillion ringgit.
Jangan pelik. Model atau cara bisnes mereka mudah sahaja. Umpama umpan dadah. Bagi seronok dan ketagih dulu. Kemudian baru ambil untung. Mudah tapi perlu wang yang banyak. "Matikan" pesaing dengan harga bawah garis untung.
Tapi. Takkanlah pelabur yang dah bagi duit berbillion ringgit tidak mahu pulangan kepada pelaburan mereka kan? kan?
Kena faham ini dahulu. Cuba fikir, kenapa banyak sangat peraturan dan undang-undang untuk industri teksi? Of course la, jawapannya ialah untuk kebaikan pemandu dan keselamatan penumpang.
Contoh. Kenapa bilangan permit teksi ada had? Bilangan pemandu Grab pula tidak ada had. Apa maknanya?
Kalau takda had bilangan pemandu maka makin kuranglah pendapatan pemandu. Kalau banyak kereta tunggu dan bawa penumpang, makin sesak la jalanraya.
Teksi diwajibkan cat teksi ikut warna tertentu, saringan, permit dan pemeriksaan berkala PUSPAKOM.
Kereta prebet sapu tidak perlu. Apa maknanya? Keselamatan penumpang tidak terjamin. Risiko tanggung sendiri.
Pemandu teksi tidak boleh dibuang permit atau diberhentikan sesuka hati.
Pemandu prebet sapu serah diri pada aplikasi e-hailing. Tiada jaminan pekerjaan dan masa depan. KWSP? SOCSO? Insuran? Cuti tahun? Gaji minima? Hapah pun takda.
Mereka boleh disenarai-hitam (pecat) oleh syarikat bila-bila masa tanpa sebab yang munasabah pun. Banyak dah contoh.
Kesiannnn...
Kesiannnnnnn......
Kesiaannnnn.....
Kesiaannn... Banned (disekat). Bukan band ya pemandu sekelian. Band tu ahli muzik kikiki.
Itu belum lagi kes jenis kereta dan umur kereta yang boleh dibuat servis prebet sapu.
Suka syarikat sahaja tukar terma dan syarat. Kereta orang miskin dan biforti (B40 laaa) sorilah. Tak boleh pakai untuk Grab.
Kereta orang berduit sahaja boleh tambah pendapatan. Yang pakai kereta kecik mcm kancil viva atau kereta yang dah lebih 5-6 tahun tu boleh pergi cari kerja lain.
Harga tambang pun suka-suka dia ubah ikut keadaan. Satu hari boleh tukar harga berpuluh kali. Adjust algorithm je. Tak perlu kelulusan kabinet. Tak tahu makna algorithm? Tanya anak.
Pendek cerita, syarikat BESAR yang payung prebet sapu ini akan bertahan sehingga tiada lagi persaingan.
Mereka sanggup berbelanja berbillion semata-mata untuk dapat laba keuntungan yang besar di masa hadapan.
Bila? Selepas industri teksi dapat dilumpuhkan atau dilenyapkan.
Masa tu nanti penumpang terpaksalah serah jiwa raga (data peribadi) dan akur pada semua harga dan syarat syarikat BESAR tu.
Bila tiba masa mereka hendak untung nanti, kerajaan pun tidak ada kuasa lagi. Macam Microsoft, FB, Apple dan Google. Berani ke kerajaan nak sekat? Berani? Sekongkol mungkin. Hihihi
So, apa cerita dilema pemandu teksi? Apa pemandu teksi boleh buat?
Itulah dilemanya. Penyelesaiannya kita cerita lain kali. Penyelesaiannya mudah sahaja tapi kena ada "political will" kata omputeh.
Nak tahu penyelesaiannya sekarang? BAYARLAH. Korang kat atas tu gaji puluh ribu. Takkan nak mintak aku bagi settle FREE. Hahahahaa.
Kalau ikut contoh bagaimana kerajaan sekarang berjaya dalam perjuangan, kena baring atas jalan dan sokong pembangkang. Hahahaha
Pemandu teksi khabarnya ada 70,000 orang. WoW!!! Boleh jem 24 jam kalau ikut contoh teladan yang lalu.
Harap-harap, janganlah selesaikan dilema pemandu teksi macam dalam gambar di atas. Nanti UMNO menang semula. Hahahahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dengan berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Serlahkan kebijaksanaan anda.