24 Oktober 2018

Dilema Pemandu Teksi Bab 1


 Protes pemandu teksi di luar negara.

Dulu-dulu, pemandu teksi bertekak dengan perkhidmatan "prebet sapu".

Prebet sapu ialah tuan punya kenderaan yang tiada lesen teksi tetapi menawarkan perkhidmatan untuk membawa penumpang dengan harga lebih murah.


Prebet sapu biasanya orang miskin yang ada kereta atau pinjam kereta. Kereta pun kategori tidak lepas ujian PUSPAKOM. Asal boleh jalan.

Perkhidmatan pemandu teksi dikawal kerajaan dengan pelbagai peraturan dan undang-undang. Tekanan lebih tinggi kepada pemandu teksi yang berkhidmat dibawah syarikat.

Akibatnya, ada pemandu teksi yang terpaksa tukar kerja dan sewakan permit mereka kepada pemandu lain sebagai pendapatan tambahan.

Pemandu "haram" yang sewa permit seperti inilah yang biasanya beroperasi dengan SOP teksi cekik darah. Kenapa? Sebab, lebih tinggi kos operasi, maka sedikitlah untung jika kenakan harga sama. Bila untung sedikit, anak bini nak makan apa?

Dipendekkan cerita, perkhidmatan prebet sapu berjaya ditewaskan dan dilabelkan sebagai perkhidmatan haram oleh kerajaan.

Sekarang, prebet sapu sudah bertukar imej. Imej korporat.

Sekarang sudah ada syarikat BESAR dengan modal berbilion ringgit untuk jadi tokey pelindung kepada "prebet sapu" generasi baru.

Banyak kerajaan yang takut dengan syarikat BESAR ni. Almaklumlah, tokey ni bukan calang-calang orang. Model operasi pun hasil bertanding di Amerika, di Harvard. Lulusan Harvard yo! Universiti terhebat di dunia. Hebat setiap segi. Termasuk tipu helah dan cekik darah. Hahahaha

Antaranya ialah syarikat seperti UBER dan GRAB. Syarikat-syarikat yang lebih kecil, kerajaan tak layan laa.



Kerajaan dan majlis perbandaran tempatan di seluruh dunia ada yang faham tipu helah syarikat BESAR ni. Ada yang buat-buat tak faham, macam Malaysia. hehehe. Pemuja Harvard Yo! Hahahaha

Antara negara yang haramkan perkhidmatan prebet sapu korporat ni ialah sebahagian USA, Denmark, Australia Utara, Hungary, Bulgaria, Perancis, Italy, Finland, Germany dan Belanda. Negara China seperti biasa haramkan sebab dia ada syarikat korporat prebet sapu dia sendiri.



Panjang cerita ni. Kalau pendekkan nanti masih ada wakil rakyat yang taknak faham.

Kalau orang DAP tak faham, itu perkara biasa. hehehe. Jangan marah laa. Fakta. Dah jadi warganegara Malaysia 60 tahun pun masih taknak sekolah kebangsaan. Surat rasmi pun nak kena terjemah bahasa China. Masih pelat. Masih lemah kefahaman Bahasa Malaysia. Lu sendiri fikir laa. Tapi sahabat-sahabat Chinese Malaysian aku yang dapat kredit dalam  Bahasa Malaysia SPM tu sure faham. You know who you are.

Nanti kita sambung kisah dilema pemandu teksi ke bab 2. Sabo kata org Muo.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dengan berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Serlahkan kebijaksanaan anda.