2 November 2018

Kenaikan Gaji: Alasan Produktiviti Umpama Telur Dan Ayam


Sementara tunggu belanjawan 2019 kita cerita isu yang dijaja pembangkang sebelum PRU-14 ini. Kos sara hidup akibat pendapatan rakyat yang rendah.


Contoh: "Malangnya, di Malaysia, selain daripada berjanji atau dengan memberikan “lip service”, kepada golongan pendapatan isi ruman di bawah RM3 ribu sebulan dengan ganjaran “one-off” RM500, tiada dasar baru untuk mengatasi cabaran Revolusi Melur." -Liew Chin Tong. Cakap berbelit-belit dan nak selamat.


Semua tahu, gaji pekerja bawahan tidak cukup. Sebab itu timbul isu kos sara hidup yang tinggi.

Tetapi setiap kali diungkit perkara ini, alasan utama ialah produktiviti.
Produktiviti naik barulah gaji boleh naik. Kata mereka.

Dengan satu ayat mereka yang sebut produktiviti ini lupa yang selama ini:

pekerja bawahan yang bertungkus-lumus mengadap kotor, bau busuk dan kerja berat yang menyebabkan pelbagai penyakit di usia tua;

pekerja bawahan yang membolehkan pekerja di atas masih ada kerja;

pekerja bawahan yang membolehkan syarikat menikmati keuntungan yang luar biasa hinggakan ekonomi negara bertambah baik setiap tahun.

Tapi siapa yang untung besar? Majikan dan pekerja atasanlah. Golongan atasan yang mendapat nikmat peningkatan ekonomi dan hasil negara.

Balik cerita produktiviti.

Cubalah lain kali wartawan tu cerdik sikit tanya soalan.

Tanyalah soalan macam ni.

Gaji minima di negara lain, tukang sapu, tukang cuci tandas, tukang buka pintu hotel pun gaji RM3,000-RM7,000 SEBULAN.

Berapa banyak produktiviti yang rakyat Malaysia kurang? Apa yang nak ditingkatkan lagi?

Kenapa pendapatan wakil rakyat dan menteri sampai berpuluh ribu?

Apa hebatnya kenaikan produktiviti wakil rakyat sekarang?
Kenapa gaji wakil rakyat dulu murah.

Wakil rakyat sekarang tingkat produktif apanya? Semua dasar telah disediakan oleh wakil rakyat dahulu.

Kenapa gaji wakil rakyat boleh naik berpuluh kali, tapi gaji pekerja bawahan cuma boleh bagi naik RM50?

Menteri DAP yang cadang naik RM50 ini nak kaji semula pulak. Dahlah naik sikit, nak laksana pun terkial-kial. Lepas dia dapat gaji+elaun puluh ribu, nak kaji lagi. Hahahaha

Apa produktifnya jurutera baru diluar negara yang bergaji awal RM10,000 sebulan berbanding jurutera baru kita yang bergaji RM2,800? Apa? Kelulusan sama.

Apa hebatnya produktiviti CEO dan pengarah-pengarah syarikat berpendapatan berjuta ringgit sedangkan yang mengadap kerja keras ialah pekerja bawahan?

Rakyat sudah menukar kerajaan. Rakyat mengharapkan kerajaan baru lebih adil.

Tetapi setakat ini, kerajaan baru juga mengutamakan peniaga dan majikan.

Sampai bila nak guna alasan ayam dulu atau telur dulu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dengan berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Serlahkan kebijaksanaan anda.