Di Malaysia, hutang membeli kereta merupakan kos kedua terbesar selepas hutang membeli rumah. Bukan semua tempat ada LRT MRT.
Kereta juga adalah keperluan asas zaman moden. Apatah lagi dengan sistem pengangkutan awam di Malaysia yang tidak praktikal dan tidak menepati masa.
Kalau harapkan pengangkutan awam, maka ramailah pekerja yang akan diberhentikan kerana lewat datang kerja.
Motosikal adalah penyelesaian untuk orang miskin walaupun terdedah dengan risiko kemalangan dan cuaca.
Basah kuyup sampai pejabat sudah jadi perkara biasa. Hidu asap kenderaan hari-hari lagi teruk. Umpama hisap rokok 100 kotak sehari.
Selama berpuluh tahun, harga kereta jadi modal utama untuk menhentam kerajaan BN.
Memang betul pun. Harga kereta di Malaysia naik mendadak selepas Tun M menjadi PM zaman 80an dahulu.
Kenapa agaknya ya? Hmmm
Ok. Alasannya ialah cukai kerajaan. Berita baik. Pembangkang yang selama ini menghasut rakyat supaya desak turunkan harga kereta, kini sudah dipilih rakyat menjadi kerajaan.
Maknanya kerajaan sekarang bolehlah turunkan harga kereta. Iya dak?
Walaubagaimanapun, orang politik ini sudah banyak kali saya ingatkan pembaca.
Cakap atau dengar penjelasan pemimpin politik kena jelas. Turun RM1 pun orang politik akan kata harga sudah turun.
Tetapi, mahalkah kereta di Malaysia? Ini soalan yang orang duduk bawah tempurung selalu tanya.
Jawapannya, ya memang berganda mahal kalau dibandingkan harga jualan yang sepatutnya.
Mari kita banding cara paling mudah faham. Ok. Berapa harga jualan kereta sport idamanku Ford Mustang? $20,000
Berapa pula harga kereta yang sama di Malaysia? WTF kata omputeh. RM331,000.
Ambil contoh kereta biasa pula. Ford Fiesta berapa harga? $8,400
Berapa pula harga kereta yang sama di Malaysia? WTF kata omputeh. RM44,000
Sebelum anda semua beri pelbagai alasan matawang dan lain-lain, ayuh kita bandingkan harga beli kereta dengan gaji dahulu.
1A. Harga kereta sport di luar negara seperti di atas ialah 4 bulan gaji engineer yang baru masuk alam pekerjaan iaitu $5,000 sebulan.
NAMPAK TAK BEZA? Nak lagi contoh?
2A. Harga kereta paling murah untuk orang miskin macam Ford Fiesta di luar negara ialah 3 bulan gaji minima mereka.
2B. Harga kereta Ford Fiesta di Malaysia seperti di atas ialah 40 bulan gaji minima di Malaysia. Kepala Bapak dia punya mahal daa...
Amacam? Ada angin satu badan tak? Terasa atau tidak betapa banyaknya duit titik peluh bekerja telah diambil begitu sahaja. Hutang kereta banyak lagi? Hehehe...
Selama ini, rakyat telah bersabar. Sabar. Sabar. Sekarang rakyat sudah hilang sabar.
Sekarang rakyat sudah beri mandat pada kerajaan baru yang sudah berpuluh tahun kempen turun harga kereta.
TETAPI.
Adakah kerajaan baru ini ikhlas hendak turunkan harga kereta?
Kita sama-sama tunggu bajet atau belanjawan 2019. Sehari sahaja lagi.
Nasihat saya, jangan letak HARAPAN yang tinggi. Nanti murung dan bunuh diri pula. Muahahahaha. Jangan.
Cerita pasal kereta, teringat pula kereta pertama saya dulu. Kereta second yang berusia berbelas tahun masa beli.
Saja nak bagi panas. Kereta pertama saya beli harganya bersamaan gaji 5 hari bekerja sambilan masa tu. Jangan marah aaaa.
Kereta apa? Ni. Ford Pinto. Tapi ni gambar masa brand new.
Harga second masa beli dulu hanya gaji 5 hari kerja hantar pizza. Ko boleh beli kete second harga macam ni di Malaysia? Hahahaha.
Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dengan berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Serlahkan kebijaksanaan anda.