4 November 2018

Antara Pertahan Pemimpin Dgn Pertahan Parti


Belanjawan 2019 masih dikaji oleh kerabat Politik Kluang. Kena ingat ayat terakhir Menteri Kewangan. "Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan."

Jangan cepat terkinja-kinja bagi ulasan serta idea percuma. Pendapatan mereka puluhan ribu sebulan. Seronok mereka ciplak nanti. Hahahaha.

Yang pasti, belanjawan 2019 lebih BESAR dari tahun sebelumnya. Huh?

Kata negara kena buat tabung kutip derma dari rakyat.

Kata negara nak muflis sebab hutang trillion.

Tapi cadangkan belanja lagi besar. Otak luar OTSB pun tewas. Hahahaha.

Balik pada tajuk.


Saya pernah menulis sebelum ini mengenai bagaimana cara hendak berjaya dalam politik di Malaysia. 8 cara.

Cara-cara ini penting sebab ia akan menentukan samada pemimpin itu menyebelahi rakyat atau sebaliknya.

Saya tidak akan ulang semua cara tersebut.

Cuma saya  hendak beri sedikit gambaran pada anak muda yang bercita-cita untuk dapat kerja berpendapatan puluhan ribu ringgit.

Oleh itu, saya ulang kembali.

Satu dari lapan caranya ialah nepotisma atau apabila ahli keluarga sudah jadi orang kuat organisasi, parti atau wakil rakyat.

Antara beberapa contoh wakil rakyat sedia ada dan terkini ialah

UMNO
Najib (anak PM), Hishamuddin (anak PM), Khairy KJ (menantu PM),

PAS
Nik Abduh (anak Nik Aziz)
Muhammad Khalil (anak Hadi)

MCA
Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek),

BERSATU
Mukriz (anak Mahathir),

PKR
Nurul Izzah (anak Anwar),
Wan Azizah (isteri Anwar),

DAP
Lim Guan Eng, Lim Hui Yin (anak Lim Kit Siang),
Ramkarpal, Gobind (anak Karpal Singh),
Jamaliah Jamaluddin (cucu Shamsiah Fakeh kata Google, tokoh guerrilla Komunis Malaya yang ahli-ahlinya membunuh sedara mara saya malah hampir berjaya membunuh arwah bapa saya. Kalau mati masa dikepung dahulu, saya tidak wujud.)

Ini belum termasuk yang dah pencen, ipar duai, sepupu sepapat atau bau-bau bacang.

Walaupun ada beberapa yang jadi wakil rakyat SELEPAS ahli keluarganya bersara, tapi cara tetap sama. Nepotisma. Tanpa nama dalam kurungan, mereka cuma nobody.

Tulisan kali ini ialah untuk beri rakyat khususnya ahli parti supaya lebih bersikap terbuka.

Jangan lagi tersipu-sipu untuk mendesak pemimpin dipecat.

Mempertahankan pemimpin TIDAK sama dengan mempertahankan parti.

Gunakan akal sebagaimana yang disebut banyak kali dalam AlQuran.


Parti umpama jenama syarikat. Pemimpin umpama jenama salah satu produk syarikat.

Jika jenama produk itu telah jijik di mata pelanggan, walau apa sebab sekalipun, maka jika terus dijual akan jahanamlah produk lain dari jenama syarikat yang sama.

Pemimpin yang gagal menjaga imej yang baik MESTI berundur.

Kalau sayangkan parti sekalipun, bantu parti dalam diam. Bukan dengan tweet atau keluar berita setiap hari.


Walaupun seseorang ahli politik berjaya membersihkan dirinya dari segala tuduhan, dia tidak akan mengubah pandangan SEMUA orang yang pernah jijik kepadanya. Not everyone get the memo, OKAY? Tak percaya tanya Anwar.

Dalam politik, half-truth atau kebenaran yang sedikit pun orang akan percaya.

keputusan mahkamah pun orang akan tetap bergosip dan pertikai. Apatah lagi jika anda pembangkang.

Ini realiti dan risiko semua ahli politik. Usah pertahankan pemimpin yang gagal menjaga imej.  

Pertahankan parti. Langkah terbaik ialah dengan memecat sahaja pemimpin yang tidak pandai jaga imej sendiri.

Semua parti ada senarai nama mereka yang perlu berundur atau diundurkan. Even your own members will not vote for your party if these guys  are still around. Capeesh???

Tuduhan dan cemuhan berulangkali sudah cukup untuk membunuh imej ahli politik.

Belajarlah dari DAP dan PKR. Mekap diri sendiri cantik-cantik. Sopak kurap ditutup tebal. Dalam masa yang sama, mekap pihak lawan dengan mekap yang hodoh. Strategi macam ini pun UMNO dan PAS tidak boleh lawan. Kenapa?

Oleh yang demikian, BERUNDURlah wahai ahli politik yang tercemar. Tidak kiralah apapun parti anda.

Standard yang tinggi diperlukan untuk membawa negara ke mercu kejayaan.

Jika masih standard yang rendah, maka sampai bila-bila pun negara kita akan tertinggal ke belakang.

Setakat ini kita dapat lihat, selepas PRU-14, hanya jenama bertukar. Jenama BN jadi PH. Rakyat biasa terus tertekan meskipun sudah menukar kerajaan.


Umpama terselamat dari perompak, masuk perangkap penipu.

Pencuri perompak bolehlah juga dilapor pada polis. Boleh disiasat. Boleh dituduh di mahkamah. Penipu pula bagaimana?

At least, you can file police reports on thieves but liars can simply give the excuse of free speech.

-Politik Kluang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dengan berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Serlahkan kebijaksanaan anda.