Twitter & fb give a glimpse but a blog gives the whole story. "..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. -AlQuran.
31 Oktober 2018
Bajet 2019: Rumah Murah Atau Rumah Mampu Miliki Atau Rumah Mampu Tengok Atau ...
Dijangka, diharap. Yang pasti pemaju yang kaya raya dan jual harga rumah mahal akan dibantu dengan pengecualian cukai. Dah kaya kita bagi dia lagi keistimewaan bebas cukai.
Merry Christmas Ho Ho Ho Ho.
Rumah adalah hak dan keperluan paling asas untuk seorang manusia.
Perkataan gelandangan atau setinggan hanya sedapkan hati.
Tidak ada kerajaan yang lebih teruk daripada kerajaan yang gagal menyediakan peluang memiliki rumah mengikut kadar kemampuan rakyatnya.
Kerajaan BN dahulu dikecam teruk kerana gagal menyediakan peluang untuk keperluan asas yang saya sebutkan di atas.
Pada zaman penjajah, orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu hanya perlu cari kawasan tanah kosong dan bina rumah. Tidak ada orang kerajaan yang datang roboh. Lebih-lebih pun kena marah dengan ketua kampung atau tok penghulu. Bangsa lain cuma berada di Tanah Melayu untuk bekerja dan berniaga sahaja masa itu ok. Jangan rasis.
Selepas merdeka, membina rumah tanpa geran dianggap penceroboh atau setinggan.
Apabila harga rumah semakin mahal di bandar, kerajaan BN memperkenalkan rumah murah. Harga lebih kurang RM22,000. Lebih murah dari harga kereta termurah sekarang. WoW!.
Maka mampulah rakyat membeli. Setiap taman diwajibkan ada rumah murah supaya peluang memiliki rumah seimbang antara kaya dan miskin.
Walaupun ketika itu tiada gaji minima, orang kerja buruh dan kilang pun mudah mendapat kelulusan pinjaman bank. Itu yang BN senang-senang dapat 2/3 majoriti setiap kali pilihan raya. Cawangan UMNO pun tumbuh macam cendawan.
Kemudian rumah murah semakin hilang seiring dengan pelbagai alasan dan taktik licik pemaju. Alasan utama ialah kenaikan kos.
Ini diburukkan lagi apabila kenaikan kos sara hidup menjadi lebih tinggi dan cepat berbanding pendapatan. Nak menyara keluarga pun tidak cukup, macamana hendak beli rumah?
Jurang yang kaya dan miskin semakin melebar dan ini membolehkan si kaya membeli banyak rumah dan hartanah sedangkan yang miskin hanya mampu menyewa, berkongsi tinggal dalam satu rumah atau menjadi setinggan.
Kemudian hilang rumah murah, timbul rumah mampu milik.
Siapa yang mula-mula perkenalkan perkataan rumah mampu milik ini sampai sekarang masih misteri.
Rumah murah senang faham. Harganya murah.
Rumah mampu milik pula bergantung pada pendapatan.
Maknanya semua rumah di dunia secara automatik sebenarnya rumah mampu milik. Omputeh kata "it goes without saying".
Kalau anda golongan jutawan maka rumah harga berjuta ringgit akan jadi rumah mampu milik anda.
Kreatif sungguh otak penipu pencipta misteri gelaran rumah mampu milik.
Melihat ini sebagai satu peluang politik, maka bertempiklah pembangkang menghasut rakyat dengan slogan baru. Rumah Mampu Tengok.
Istilah ini lebih kreatif sebab memang sesuai dengan situasi semasa. Tambahan pula, istilah ini mampu menumbangkan kerajaan.
Semua inisiatif BN untuk menyelesaikan masalah perumahan pada masa itu telah tenggelam dengan istilah rumah mampu tengok.
Dipendekkan cerita, rakyat sudah bosan menunggu dan selepas bersabar berpenggal-penggal akhirnya BN "dipenggal". Tukar kepala kerajaan.
Sekarang kerajaan baru pula yang pening kepala dengan istilah rumah mampu milik. Tapi masih teruskan guna istilah rumah mampu milik. Hehehe
Bajet 2019 tinggal beberapa hari sahaja lagi
Tetapi, awal-awal lagi Menteri Kewangan Lim Guan Eng sudah bagi klu atau petunjuk.
Petunjuk yang kerajaan baru sudah bukan macam pembangkang yang dahulu. Dulu rakyat disayang. Pemaju ditendang.
Sekarang pemaju disayang.
Berita baik untuk pemaju. Pemaju tidak akan dikenakan cukai. Kerajaan harap rumah akan turun sehingga 10%.
Ok. Bab ini kena guna akal sikit. Sebab orang politik ni biasanya akan mengaku berkata benar walaupun "separuh benar" atau "suku benar".
1. Dia kata harga rumah akan kurang "up to". Maksudnya bukan semua rumah kurang 10%. Rumah orang kaya je la tu.
2. Dia kata kerajaan berharap. Maknanya nasib ko la rakyat oi. Kalau pemaju temberang, terima sahaja laaa.
3. Dia kata kerajaan akan beri masa pada pemaju. Hmmmm take your time pemaju.
4. Yang ini pasti. Pemaju akan dikecualikan cukai. Ho ho ho ho. Merry Christmas Ho ho ho ho.
Apapun kita tunggu Bajet atau Belanjawan 2019. Kita tengok siapa yang kena kata Ibrahim Pendek.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen dengan berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Serlahkan kebijaksanaan anda.