25 Oktober 2018

Dilema Pemandu Teksi Bab 2

Kali ni saya sambung kisah Dilema Pemandu Teksi. Kalau belum baca bab satu, pergi baca dulu Dilema Pemandu Teksi Bab 1. Nanti tak tahu hujung pangkal pulak.

Segalanya bermula bila MyTeksi mula dipilih untuk bekerja belakang tabir sehingga kerajaan melancarkan aplikasi syarikat ini.


Kepada yang tidak tahu, MyTeksi sudah dijenamakan sebagai GRAB. Ya. Syarikat yang pemandu teksi sedang angin satu badan hari ini.

Apabila MyTeksi dilancarkan oleh kerajaan, maka bergumbiralah pemandu teksi. Katanya. Ehailing atau servis seperti UBER diangggap haram kerana tidak mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada.

Najib pun gumbira sampai nak umum macam-macam lagi bantuan untuk pemandu teksi. Almaklumlah, pemandu teksi seluruh negara kalau bersatu, PRU pun mereka boleh goyang.

MyTeksi mendapat kerjasama penuh dari kerajaan dan pemandu teksi tetapi UBER sangatlah besar untuk diketepikan begitu sahaja.


Berapa besar UBER kau tanya? Trilion ringgit punya besar! Yang tak tahu, lepas juta, bilion. Lepas bilion, trilion. Ok? Nilai syarikat ni lagi besar dari hutang negara yang Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng sebut tu laa.


Alamak. MyTeksi pun komplen pasal UBER. Hihihi. Ingatkan pemandu teksi sahaja. Pecah tembelang. Dulu MyTeksi pun surrender dengan UBER.

Tetapi, MyTeksi pun bukan calang-calang.

Omputeh kata, you cannot fight them, join them. Hahahaha. Dalam diam, usaha MyTeksi berjaya.

Tapi siapa mamat MyTeksi ni? Senang je dia dapat pelaburan. Sampaikan kerajaan pun boleh diam-diam pilih dia.

Kita tanya pakcik Google.

Oohhh orang ke-50 terkaya di Malaysia rupanya. Tapi siapa dia? Ok. Cucu pengasas Tan Chong Motor kata pakcik Google. Alaaa pengedar kenderaan jenama Nissan tu.

Balik pada cerita MyTeksi. Semuanya macam dah bagus dah untuk pemandu teksi. Nampak macam dah terbela nasib pemandu teksi. Propaganda meraikan pemandu teksi pun hebat.


Ehhh Dalam diam MyTeksi bertukar nama jadi GrabTaxi Holdings Pte. Ltd dan berpengkalan di? APA??? ...Singapura. 

Siap dapat tambahan pelaburan dari syarikat kerajaan Singapura sebanyak US$10juta (nilai sekarang RM42juta). WoW! Buka pusat kajian dan pembangunan bernilai US$100 juta (RM410juta) di kota Singapura lagi. WoW!

Lebih WoW ialah mamat MyTeksi ni selepas dipuja-puja di Malaysia, tukar dah jadi warganegara Singapura. Hanat, kata budak-budak sekarang. Hahaha. Mentang-mentang dah senang.


Hebat. RM4Bilion pendapatan tahunan. Tapi belum untung. Hehehe. Kenapa tak untung? Itu nanti saya cerita.

Dulu MyTeksi. Sekarang GRAB. Dulu mula-mula minta tolong pemandu-pemandu teksi dan kerajaan Malaysia. Sekarang syarikat GRAB sudah bernilai US$6B kata FORBES.

Dulu marah UBER. Sekarang UBER geng 25%. UBER tolong pindahkan semua pengguna dan driver UBER kepada GRAB. UBER pegang saham dan bagi GRAB jadi monopoli.

Pemandu teksi sudah kena khianat. Dulu dia komplen pasal UBER. Sekarang dia subahat dengan UBER pulak dah. Dilema ni. Ehh apa cerita UBER?



YB yang datang bertakhta di Kluang (kalau sebut pendatang Kluang nanti marah pulak) mulakan propaganda yang membuatkan orang tertanya-tanya pasal UBER. Betullah tu dia tanya di Parlimen. Berita pun dah keluar.


Ini sudah bagus. YB DAP Kluang yang lari ke Ayer Hitam dan kalah pada PRU-14 yang lepas sudah dapat hidu hanyir darah BN. 

MyTeksi dah tukar. Kerajaan terang-terang sudah tanam modal dalam syarikat UBER. Syarikat yang sebelum ini ditolak oleh pemandu teksi dan MyTeksi atau Grab. 

Ini modal baik untuk dapat balik pengaruh pemandu teksi daripada buaian BN kata pembangkang ketika itu. Orang PH lah. 

Maka, bertiuplah gosip dan khabar angin di kalangan masyarakat dan pemandu teksi. BN sudah lupakan pemandu teksi.

BN sudah menjadi pemuja bisnes pemilik prebet sapu generasi baru yang mahu lumpuhkan teksi.

Maka, ramailah pemandu teksi yang beralih arah. Tambahan pula, Tun M pun dah keluar UMNO. Tun M pun berjanji pada pemandu teksi. 

Maka, bermulalah sesi pemandu teksi berkempen untuk jatuhkan BN.

Ok. Kena sambung kerja. Nanti kita sambung kisah dilema pemandu teksi ni lagi.

Baca memang sedap. Nak menaip free ni yang letih. Hihihi. Kalau dapat gaji, sekejap je dah abis kisah ni. Hahahahaha

Assalamualaikum. Bersambung....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dengan berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Serlahkan kebijaksanaan anda.