30 Oktober 2018

Wakil Rakyat UMNO Jadi Rebutan


Bertahun-tahun mengutuk dan mencerca, akhirnya bila jadi kerajaan, wakil rakyat UMNO juga yang menjadi rebutan.


Bilangan ahli parlimen penting untuk meluluskan undang-undang atau mengubah undang-undang sedia ada. Hendak mansuhkan undang-undang atau mengubah perlembagaan juga perlukan jumlah ahli parlimen yang cukup.

Nampaknya, parti -parti yang memimpin kerajaan hari ini lebih memerlukan ahli parlimen untuk jadi Perdana Menteri supaya kekal berkuasa di peringkat pusat.

Kepentingan rakyat yang memilih mereka ditolak tepi dulu. Macam-macam alasan diberi. Tunggu tukar pegawai, tidak cukup duit bla bla bla.

Rakyat disuapkan dengan kisah sensasi LGBT, rogol dalam perkahwinan, kahwin bawah umur, kasut hitam putih dan lain-lain yang tidak membawa apa-apa perubahan.

Wakil rakyat serta penyokong yang sebelum ini dikutuk dan dicerca, kini suci bersih umpama anak dara. Teringat pulak pantun,

Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari,
Kupinang-pinang tak dapat-dapat,
Kupujuk-pujuk kubawa lari.

Beberapa hari lepas dah terjawab soalan; berapa orang yang sedang dirisik. Hmmm 40 orang. Ramai juga wakil rakyat UMNO yang jadi rebutan. Itu baru ahli parlimen. Belum campur ahli dewan negeri.

Setakat ini dah berapa yang dibawa lari atau melarikan diri? Hmmm 5 ahli parlimen dan 13 adun. Boleh tahan.

Dah berapa pula ahli parlimen yang berjaya dipinang? Hmmmm seorang sahaja? Alahai kalau 40 lelaki pinang 40 anak dara tetapi cuma 1 orang yang berjaya, alangkah sayunya. Tak terasa gay ke hahahaha gurau k. Tak boleh gurau duduk surau.

Orang yang paling lewat jadi bebas kini sudah jadi Bersatu. Kenapa ek kata bangsa Johor. Kita tanya pakcik Google.

Ok. Rupanya dia ni. Si diam-diam ubi. Semua tuduhan yang dilempar pada UMNO BN dia diam sahaja. Fokus buat kerja konon. Hihihi

Tapi dalam diam dia perjuangkan TPP yang menjadi modal besar pembangkang memburukkan UMNO. TPP atau TPPAgreement dianggap menjual negara.



So, kiranya 2 tahun lepas, nak dara ni dianggap pengkhianat negara yang nak jual negara. Tapi sekarang dianggap bersih dan suci. Atau adakah dia memang ditanam dalam UMNO untuk .... Politik memang segala mungkin.

Perikatan dulu berubah kepada BN. BN mungkin berubah kepada barisan yang baru. Tetapi UMNO tetap UMNO selagi tidak diharamkan lagi.


Pastinya UMNO lebih lega bila ramai wakil rakyat keluar UMNO. Sebagai parti, kehilangan pemimpin adalah satu peluang terbuka untuk pemimpin muda. Tak percaya tanya KJ dan Pemuda UMNO yang mahukan presiden bercuti. Hihihi

Khabarnya, ramai yang beranggapan UMNO akan dibatalkan pendaftaran. Sebab itu ramai yang dah buat plan B untuk keluar atau lompat si katak lompat.

Samada wakil rakyat yang jadi rebutan ini akan tiru cara YAB PM, kita sama-sama tunggu dan lihat bulan ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen dengan berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara. Serlahkan kebijaksanaan anda.