Marilah bersama-sama berjuang di dalam UMNO untuk menentukan kepimpinan negara. Hormatilah hak setiap ahli untuk bersuara dan memilih. Buatlah pilihan yang bijak.

"SALAM PERJUANGAN"

24 November 2010

Maaf. Sudah Lama Tidak Kemaskini

Coming soon...
Atas permintaan ramai, blog yang popular ini akan beroperasi semula. Maaf sekali lagi kerana banyak posting dan komen yang lepas telah hilang semasa proses naiktaraf.

7 Mei 2010

Siapa Kata YB Jais Tidak Turun Padang Berjumpa Rakyat?

Sejak merdeka, Kampung Haji Manan terdiri daripada rumah penduduk miskin tegar yang menumpang atau menyewa tanah milik orang . Di sepanjang landasan keretapi pula, lebih 15 keluarga menumpang tanah KTM untuk membesarkan anak-anak. Akibat kesempitan hidup, ramai di kalangan generasi kedua penduduk yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
Meskipun kebanyakan penduduk asal telah meninggal dunia, namun masih terdapat penduduk generasi selepas merdeka yang terpaksa tinggal sebagai setinggan mewarisi rumah usang milik keluarga kerana masih dibelenggu kemiskinan. Mereka ini ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Mereka lebih memikirkan bagaimana hendak mencari makan untuk keluarga. Rumah yang hampir roboh pun terpaksa dihuni.
Kini mereka lebih gusar kerana rumah mereka telah ditanda dengan cat merah oleh pihak KTM dan hendak dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek landasan keretapi berkembar.
Kehadiran YB Haji Md Jais Bin Sarday di majlis perkahwinan salah seorang ahli biasa UMNO cawangan Kampung Haji Manan secara tudak langsung telah menarik perhatian beliau tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk setinggan di situ.
Ini telah membawa kepada satu lagi siri lawatan YB ke Kampung Haji Manan pada 29 April,2010. Kali ini, wakil-wakil dari Pejabat Agama Islam Kluang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kluang dan Pejabat Daerah turut dipanggil bagi mendengar permasaalahan penduduk.
Seperti biasa, wakil dari jabatan lebih bercakap tentang prosedur daripada hendak menyelesaikan masalah rakyat. Malah, terdapat wakil jabatan yang lewat hampir satu jam sehingga menimbulkan kemarahan penduduk.
"YB datang pun mereka boleh lewat. Kalau YB tak datang. Lagilah. Dah tentu mereka tak sampai-sampai dan bagi alasan tak jumpa rumah", ujar seorang penduduk di situ.
"Terima kasih YB. Inilah pertama kali seorang YB datang berjumpa setinggan sini dan lihat sendiri masalah kami", kata seorang lagi pesara tentera yang juga setinggan di situ sejak tahun 1960.  
"Kenderaan JKM pun mewah. Siap drebar lagi. Dari mula datang tak mati enjin. Minyak free la katakan. Kalau jual kenderaan JKM ni, boleh buat 5 buah rumah orang miskin", sindir seorang penduduk.

Untuk rujukan YB, di Perak boleh selesai. Di JB sahaja pun peruntukan RM303 juta untuk setinggan.


IPOH 28 Jan. – Kerajaan negeri Perak akan menyerahkan geran tanah kepada kira-kira 300 keluarga setinggan di kawasan milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara Taiping dengan Kuala Sepetang.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, proses itu akan dimulakan secepat mungkin selepas kerajaan Persekutuan menyatakan persetujuan menyerahkan tanah itu kepada penduduk.
‘‘Ini merupakan berita baik buat penduduk setinggan Kuala Sepetang yang menduduki tanah KTMB seluas hampir 80 hektar milik KTMB.



Terima kasih YB. Semoga masalah penduduk dan pengundi di Kampung Haji Manan dapat diselesaikan dengan seberapa segera. 

Terima kasih juga kepada S/U UMNO Bahagian, Ahli Majlis MPK Sdr Nor Halim, Puan Sakina, En Lokman (jurugambar) dan lain-lain yang turut prihatin dan hadir.

20 April 2010

Desak Kepimpinan UMNO Laksanakan Polisi Gaji Minima Sekarang!

Seringkali berita-berita menggembirakan rakyat berkaitan gaji hanyalah melibatkan kakitangan awam. Pekerja-pekerja swasta hanya tumpang dengar. Kerajaan merupakan majikan yang prihatin.  Walaubagaimanapun tidak semua majikan di Malaysia ini prihatin. Dan bukan mudah hendak dapat kerja di sektor awam. Kerja di MPK pun jangan haraplah kalau tiada paras rupa atau  "orang dalam".

Kos sara hidup yang tinggi pada masa ini telah menghimpit majoriti rakyat dan menyebabkan tekanan hidup kepada keluarga serta kesan sosial kepada anak-anak. Apatah lagi dengan kebanjiran berjuta pendatang asing ke negara ini samada secara sah atau tanpa izin. Majikan yang tamak haloba kini dengan mudah dan angkuh menolak permohonan pekerjaan oleh rakyat kita atas pelbagai alasan. Kalau tidak percaya Pengerusi Biro Kebajikan boleh semak di pejabat buruh dan dapatkan statistik permohonan pekerja asing oleh majikan.

Negara-negara di dunia telah lama melaksanakan gaji minima untuk rakyat mereka. Di Amerika Syarikat misalnya, gaji minima adalah antara US$5.15 (RM16) sejam di Negeri Wyoming hingga US$8.55 (RM27) sejam di negeri Washington. Negara kita tidak mungkin dapat memberikan sebanyak itu. Tetapi, kalau kerajaan benar-benar ikhlas hendak menaikkan pendapatan rakyat, polisi gaji minima mesti dilaksanakan.

Terdapat banyak kajian telah dibuat berkenaan gaji minima. Di sini saya ringkaskan kebaikan dan keburukan polisi gaji minima. Perlaksanaan dengan kaedah yang bersesuaian dengan negara ini membolehkan keburukan polisi ini dapat dikurangkan.

Kebaikan polisi gaji minima.
  1. Pekerja mendapat jaminan pulangan keuntungan yang sepatutnya dari majikan berdasarkan faktor sara-hidup semasa yang ditetapkan kerajaan.
  2. Pekerja bawahan dapat menikmati gaya hidup yang lebih baik. Misalnya, mereka tidak perlu lagi kerja siang dan malam untuk mencukupkan pendapatan keluarga.
  3. Pendapatan tambahan bermakna peningkatan kuasa membeli dan ini baik untuk ekonomi.
  4. Membesarkan jurang pendapatan antara rakyat yang bekerja dan rakyat yang mendapat bantuan kerajaan akibat tidak bekerja. Sekarang rakyat yang bekerja turut mendapat bantuan kerajaan kerana berada di bawah paras kemiskinan. Kebergantungan sara-hidup kepada kerajaan menyebabkan kerajaan kekurangan dana untuk tujuan lain.
  5. Mengurangkan kadar pengangguran dan pergantungan kepada pendatang asing kerana majikan akan memilih rakyat tempatan jika gaji mereka dengan pendatang adalah sama tinggi. Pendatang akan lebih mahal disebabkan kos membawa mereka masuk.
Keburukan gaji minima jika tersalah kaedah perlaksanaan.
  1. Menambah kos operasi majikan jika produktiviti tidak meningkat
  2. Majikan mungkin akan menaikkan harga barang (cost push inflation)
  3. Majikan tidak dapat menggajikan lebih ramai pekerja
  4. Boleh menyebabkan kurang peluang pekerjaan di sesetengah sektor atau industri
  5. Pekerja berpengalaman akan meminta kenaikan gaji
Kaedah yang saya cadangkan ialah dengan mewajibkan gaji minima pada majikan yang mempunyai pekerja asing. Serampang dua mata. Gaji patut dan pendatang pun akan berkurangan. Majikan yang menggajikan pekerja tempatan 100% patut dikecualikan kerana secara logiknya, jika rakyat tempatan hendak bekerja dengan mereka, sudah tentu mereka ini majikan yang prihatin.

Nah. Sekarang siapa yang berani bawa perkara ini hingga menjadi usul di peringkat Perhimpunan Agung UMNO Malaysia? Janganlah lagi Perhimpunan Agung UMNO Malaysia sekadar upacara membodek pemimpin.

13 April 2010

Wajarkah Jawatan Pengerusi Biro Tanah Diberi Pada Ajk?

Siapa pemilik tanah-tanah Felcra? Siapa pemilik tanah-tanah lot kurniaan kerajaan? Siapa pemilik tanah-tanah pertanian yang berekar-ekar dalam daerah Kluang ini? Siapa orang dalam di pejabat kerajaan yang mengambil kesempatan? Siapa yang menyalah-gunakan UMNO untuk kepentingan mereka dan keluarga-keluarga mereka?

Siapa yang layak menerima tanah Felcra dan tanah kurnia? Siapa setinggan-setinggan di daerah Kluang ini? Di manakah maklumat ini? Bagaimana hendak mendapatkan maklumat ini? Adakah pengerusi biro tanah menjalankan tugas tanpa maklumat asas yang sangat penting seperti ini?

Kemampuan untuk menyelesaikan isu tanah ceroboh, tanah kurnia dan setinggan memerlukan maklumat tepat yang boleh diperolehi hanya menerusi kerjasama erat antara pemimpin masyarakat dan kerajaan.

Ia juga memerlukan sikap proaktif serta tolak ansur dalam menyelesaikan satu-satu masalah supaya setiap isu dapat ditangani dengan bijaksana. Bak kata pepatah, seperti menarik rambut di dalam tepung. Rambut dapat dikeluarkan, tepung tidak berserakan. Tersilap kata, rosak binasa.


Di pihak kerajaan, sekiranya yang datang berurusan bukannya wakil rakyat atau pemimpin masyarakat yang berkarisma, maka sudah tentu yang dihajati sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi maklumat yang sulit dan terlindung.


YB Ketua Bahagian bukan pengerusi biro tanah UMNO Bahagian Kluang. Persoalannya di sini, wajarkah Pengerusi Biro Tanah dijawat oleh individu yang tidak mempunyai akses kepada maklumat asas yang diperlukan untuk menjalankan tugas?

11 April 2010

Pekan Rabu. 15 Tahun Gagal Diusahakan. Dalam 2 Tahun Usaha YB Menjadi Kenyataan

Semuanya sudah lulus. Cuma tunggu pembinaan. Mercu tanda pusat perniagaan Melayu Kluang dijangka siap 18 bulan lagi. Walaubagaimanapun, nama yang lebih sesuai sedang dicari. Mungkin ada di kalangan pembaca yang mempunyai kelebihan bakat dan kreativiti untuk mencadangkan nama yang lebih komersil berbanding dengan nama sekarang iaitu Pekan Rabu.

Setakat ini, difahamkan tingkat bawah akan dijadikan pusat dialisis terbesar di daerah Kluang. Manakala tingkat 2 merupakan ruang niaga untuk usahawan Melayu Kluang. Tingkat 3 pula akan menempatkan sebuah dewan serbaguna.

Nampaknya bilangan ruang perniagaan akan habis ditempah jika pihak UMNO tidak mengawal kehendak pasaran. Kalau pembaca menjadi pihak pengurusan, adakah pembaca akan utamakan orang UMNO yang baru hendak berniaga atau peniaga yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan?

Jangan jadi macam zaman sebelum YB Jais. Bila interview, yang dapat ialah orang yang bagi temuduga. Orang yang ditemuduga tidak dapat.

Banyak cerita tentang pekan rabu ini. Namun saya akan simpan sehingga selesai pembinaan. Diharapkan pembaca dapat berkongsi kisah pekan rabu ini yang sepatutnya telah berusia 15 tahun. Terima kasih.

9 April 2010

Pendapatan Perkapita Rakyat RM4000 Sebulan. Fahamkan. Jangan Jadi Mat Jenin.

Menurut Perdana Menteri, Model Ekonomi Baru (MEB) antara lain akan melonjakkan pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 ke AS15,000 setahun. Lebih kurang RM1,900 sebulan sekarang dan akan naik ke RM4,000 sebulan dalam tempoh 10 tahun.

Maka ada orang Kluang yang "bergumbira" dan "konfiden" mendengar khabar ini. Betul atau tidak, tunggu lagi 10 tahun.

Mula-mula kita kenalah faham sikit apa pendapatan perkapita rakyat. Harap-harap ada pembaca yang boleh bagi ulasan yang fahamkan kita banyak-banyak.

Di sini saya bagi contoh yang mudah faham. Nama-nama tidak ada kena mengena samada yang hidup ataupun mati.

1. Tok Penghulu-
         gaji+elaun+jual ubat kuat = 4,000 sebulan
2. Ketua Kampung-
         elaun+kerja sampingan    = 2,000 sebulan
3. Milla Janda Muda-
        gaji+sponsor                    = 1,200 sebulan
4. Wak Leman-
       Untung jual kuih                = 400 sebulan

Jumlah pendapatan mereka ialah
4000+2000+1200+400 = 7600

Maknanya, pendapatan perkapita mereka ialah
       7600 bahagi 4 = RM1,900.
Dalam kiraan ini Wak Leman terlopong sebab pada pandangan orang bijak pandai, pendapatan dia sekarang ialah RM1,900.


Baiklah. Katakan dalam 10 tahun lagi, pendapatan mereka ini berubah.

1. Tok Penghulu-
      gaji+elaun+hasil sawit+komisyen kontraktor = 10,000 sebulan
2. Ketua Kampung-
      elaun+hasil kebun+komisyen kontraktor     = 10,000 sebulan
3. Milla Janda Tak Muda-
      gaji naik+dah takda sponsor                      = 1,200 sebulan
4. Wak Leman-
      Untung kuih+harga barang naik+harga kuih naik sikit = 400 sebulan

Maknanya, pendapatan perkapita mereka setelah 10 tahun ialah RM5,400.
WOWW!! Jerit Husin Lempoyang 3 Abdul.

Malangnya, kalau ikut contoh ini, Milla dan Wak Leman tambah miskin walaupun pendapatan perkapita telah naik dari RM1,900 ke RM5,400.

Kalau Wak Leman kahwin dengan Milla pun masih tidak capai pendapatan per kapita.


Harap-harap pembaca faham maksud saya. Kalau kurang faham, baca sekali lagi. Sambil-sambil itu, tanya diri sendiri, pendapatan perkapita rakyat Malaysia sekarang ialah RM1,900. Pendapatan AKU sekarang berapa?

5 April 2010

Haji Arif Kataman: Kuat Kerja. Bukan Kuat Suara.

Walaupun telah hampir 20 tahun saya mengenali Tuan Haji Arif b. Kataman, namun saya tidak pernah mengenali beliau secara peribadi. Kami cuma sahabat dalam UMNO. Untuk makluman anak-anak muda sekarang, senario politik dahulu sangat berbeza dari sekarang. Dahulu, pergerakan pemuda lebih bersifat menentang apabila hak Melayu dicabar manakala di peringkat bahagian lebih bersikap bertolak-ansur. Justeru, kami sering tidak sependapat.

Dari LLN (kerja kerajaan) ke TNB (kerja swasta). Dari UMNO ke UMNO diharamkan ke UMNO(Baru) kemudian UMNO semula. Pengalaman unik sebagai pengurus dan ketua pemuda bahagian di zaman peralihan memang banyak mengajar Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang ini sepak terajang politik.

Beliau juga pernah tewas dengan majoriti yang sangat kecil ketika mencuba nasib bertanding menentang Ketua UMNO Bahagian Kluang. Setelah tewas dan kemudiannya dilantik bendahari, beliau lebih selesa menjadi "team player" daripada cuba menjadi ketua. Pak Naib sudah lali dan faham benar dengan karektor dan kerenah manusia yang bercakap lain di depan dan lain di belakang.

"Kerja politik kerja sukarela. Bukan ada gaji. Wakil rakyat seorang saja yg bergaji. Kalau diikutkan logik, lebih baik saya pencen duduk diam-diam. Tapi dah hati dalam UMNO dan tak ramai profesional dalam UMNO Kluang", ujar beliau.

Terkini, beliau bersyukur, usaha yang dibuat selama ini untuk peniaga Melayu hampir membuahkan hasil. Beliau banyak bercerita tentang perkara-perkara di belakang tabir yang kurang sesuai untuk disiarkan sekarang kerana melibatkan perasaan kaum lain. Tugasan dalam UMNO juga beliau minta saya tidak menulisnya.

Terdapat satu perkara yang blogger rasa mesti disiarkan walaupun tanpa izin. Beliau tidak berpuas-hati dengan ahli majlis yang dilantik dari kalangan UMNO (bahagian Kluang dan bahagian Semberong) yang susah sangat hendak berkumpul dan berbincang sebelum ke mesyuarat MPK. Kadang-kadang yang hadir hanya 2 orang. Perbincangan sebelum mesyuarat merupakan perkara yang sangat penting untuk agenda Melayu tetapi telah diambil mudah oleh ahli-ahli majlis dari UMNO. Salah siapa, itu terpulang pada pembaca.

Bersuara kuat tidak akan mendatangkan faedah kiranya tidak diiringi dengan kerja kuat. Ahli-ahli majlis mesti faham peraturan, undang-undang dan hak yang mereka bertanggung-jawab untuk pertahankan.

Kerja kuat. Bukan suara kuat.

29 Mac 2010

YB Jais Sarday Belum Tunai Janji Pada Ahli UMNO?

Petikan dari Harian Metro mukasurat 21, Jumaat 24 Oktober,2008.  Janji jika dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Kluang.

1. Menempatkan peniaga bumiputera di tempat strategik dan tersusun iaitu di Pekan Rabu,  persimpangan Jalan Haji Manan.

Dah tunai? Sikit lagi khabonya
.
Edit. TERKINI: Dijangka  majlis rasmi pecah tanah akan dilaksanakan oleh PM. Sedang dapatkan tarikh.

2. Perumahan rakyat terutama kos rendah. Kerana sebelum ini UMNO Bahagian tidak utamakan. Itu kata YB.

Dah tunai? Lom.

Masih orang lama di pejabat UMNO tu. Orang lama tu yang sepakat dengan pemaju kot. Entahlah. Kalau tidak takkan ramai yang masih "komplen" susah nak dapat rumah murah. Kuota UMNO dapat pada kroni orang lama tu saja. Ketua Bahagian baru, tapi yang mentadbir masih orang lama. Kalau tidak percaya tanya orang nama Nin yang terpaksa guna kroni di pejabat perumahan sebab orang lama di UMNO Bahagian kata dah habis. Nasib baik ada unit yang kroni tidak lulus buat pinjaman. Bila nak pecat atau ganti orang baru?

3. "Saya akan berusaha menyelesaikan masalah banjir."

Dah tunai? Yang ini susah nak jawab. Takkan YB Jais buat magik sampai kemarau daerah Kluang. Kita tunggu musiim hujan.

12 Mac 2010

Taklimat Bekalan Air Berjadual Daerah Kluang


Taklimat masalah bekalan air di Kluang telah diadakan dengan dihadiri ketua-ketua masyarakat seramai lebih 120 orang. Ahli-ahli panel yang bersedia "ditembak" antaranya dari SAJ, SWC, Loji Air dan MPK.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan taklimat ringkas dari ahli panel. Dan seperti biasa juga masalah pembesar suara yang bergema di dalam dewan masih mengganggu pendengaran. Namun, itu semua tidak menjejaskan semangat mereka yang datang untuk mendapatkan penjelasan dan bertanya soalan. Terperanjat juga saya bila melihat Tuan Haji Arif Kataman menjadi MC, sebagai Ketua Ahli Majlis MPK mewakili MPK dan wakil YB Jais (DUN Mahkota). Berani mati Tuan Haji!

Taklimat dimulakan dengan alasan biasa. Kemarau yang tidak dijangka. Ini menyebabkan kurang air sebanyak 10juta liter sehari untuk dibekalkan dan bekalan berjadual perlu dibuat. Wakil penduduk yang sudah biasa dengar alasan ini mula hilang kesabaran.

Skuad penembak dimulakan oleh seorang AJK UMNO Bahagian Kluang. Beliau dengan lantang mengingatkan SAJ tentang masalah yang sama berlaku 5 tahun yang lalu dan apa tindakan yang telah dibuat sejak itu. SAJ macam tidak suka pulak soalan itu. Lepas kena 'sound' baru jawab perancangan untuk membina empangan baru di Kahang telah ada dalam RMK10.

Pada saya, soalan menarik ialah mengapa bila SAJ menghantar bil dan potong air boleh hantar pekerja ke rumah penduduk sedangkan jadual catuan air tidak boleh. SAJ jawab, akan dibuat selepas ini. Kita tengok nanti.

 Isu pencerobohan di tepi2 sungai dan sekeliling empangan tidak dijawab oleh wakil Southern Water Corporation (SWC). SWC ini memang senyap sunyi tidak mencelah langsung. Almaklum mereka ini peraih yang dah kekenyangan dengan keuntungan membekal air pada SAJ.

Terdapat juga cadangan minta bil air percuma 1 bulan sebagai pampasan. Wakil penduduk senyap pulak. Kalau anak dara mungkin senyap tanda setuju.

Lawak untuk hari ini ialah cadangan curah air ke dalam empangan dengan helikopter. FUYOOOO!!! Mahu tercabut kipas helikopter kata seorang wakil penduduk. Hahahaha

Tetapi, rata-rata faham masalah SAJ. Cuma mereka tidak puas-hati dengan
  1. tindakan lambat dalam perlaksanaan pembinaan empangan baru
  2. pencerobohan kawasan sungai dan empangan.
  3. jadual catuan yang tidak konsisten
  4. kurang penghantaran air oleh lori SAJ
Apapun tahniah. Masalah cuba diselesaikan secara bertamadun. Tidak seperti PAS DAP PKR yang hendak ber demonstrasi ptg ini. Haram tak nampak orang2 PAS. Yang pelik mengapa tiada soalan atau cadangan dari wakil Cina dan India walaupun ramai yang datang? Nak tunggu pilihanrayakah? Ayoyo...

8 Mac 2010

Tahniah Kepada Yang Bertungkus Lumus Menjayakan Maulidur Rasul

Dekat 3,000 orang yang datang ke Masjid Taman Kasih 8 pagi sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat UMNO Bahagian Kluang. Meriah perarakan dan aktiviti yang dijalankan. Itu kata sukarelawan tukang masak dan persiapan.

Yang tidak sedapnya ialah ramai kuncu-kuncu YB yang tunjuk sibuk di depan YB sahaja. Bila YB tidak ada, ramai orang politik Kluang yg hilang. Tinggallah mereka yang ikhlas bertungkus-lumus hingga ke pukul 3 ptg.

Apa pun TAHNIAH. Bukan senang hendak kumpulkan orang Kluang seramai itu. Semoga Allah membalas budi semua yang menjayakan program tersebut. Yang hendak menggagalkan tu, bawak-bawaklah bertaubat.

Alhamdulillah.

5 Mac 2010

Berlawan dalam UMNO, sepakat dalam pilihanraya

Assalamualaikum. Politik di Kluang pada asalnya dikuasai oleh DAP. Tidak ada satu kerusi pilihanraya pun milik UMNO. PAS jauh sekali memang tidak ada telo nak lawan DAP. Namun sejak 3 penggal yang lalu, persempadanan semula menyaksikan UMNO Bahagian Kluang mendapat satu kerusi DUN iaitu DUN Mahkota. DUN Mengkibol MCA dan Parlimen Kluang juga MCA.

Maka, berperang politiklah orang-orang UMNO Bahagian Kluang berebut-rebut untuk jadi ketua bahagian. Almaklumlah, dulu sape jadi ketua bahagian, dialah jadi calon wakil rakyat di DUN Mahkota ini. Kawasan selamat pulak tu. Ada 2 kem askar. Banyak tuuu undi pos.

PAS pun mula sibuk berceramah. Tiba-tiba sahaja tersembol telor. Kalau ditelek-telek mahu nampak macam TIGA biji telor keluar sebab nak lawan UMNO. Dengan DAP, telor mereka dikemam saja. Simpan dalam mulut sampai tidak bersuara. Alahai...

Pilihanraya 2008, DUN Mengkibol telah tumpas kepada DAP. Bodoh punya MCA. Nasib baik Parlimen Kluang menang dibantu oleh undi dari DUN Mahkota. Kelat muka masing-masing masa kiraan undi. Samasa hari penamaan calon pun dah nampak bunga-bunga. MCA buat bodoh saja. Langsung tidak meriah. Di DUN Mahkota, BN menang walaupun undi merosot.

Tujuan tulisan kali ini ialah kalau berpolitik, biarlah berlawan dalam parti untuk mencari pemimpin yang diterima rakyat tetapi sepakat dalam pilihanraya. Kalau tidak faham. Jangan berpolitik ye anak-anak. Nanti tergadai negara.

Tit tot tit tot. Alamak lampu dah berkelip-kelip. Bateri Ultraman aku dah nak abis!! Tungguuuuuuuuuuuuu